Wanita…
Kehadiranmu membahgiakan mereka yang mendambakanmu... Dirimu hanya halal bagi insan yang halal buatmu,Sesungguhnya engkau mampu melalaikan mereka yang leka dengan nikmat dunia, Namun tidak bagi mereka yang beriman, yang sentiasa mengingati Tuhannya,Yakni Allah Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.
Wanita...
Hadirmu menjadi penyeri hidup sebuah keluarga bahgia, Bunga yang terus mewangi di sirami akhlak mulia, Bunga yang kan terus mekar bersama amalan soleh menjadi muslimah solehah, Bunga yang mampu menjadi penawar bagi mereka yang sedang berduka di sebalik akhlak muliamu,
Wanita...
Bagaikan sebutir mutiara, Berada di dasar lautan,Tersimpan rapi dilindungi kulit, Bukan senang nak melihat, Apa lagi mendapatkannya,
Hanya orang yang bertuah, Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehinya,
Harganya mahal sekali…..
Takutlah wahai akan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..
Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..
Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Salam Terbaik Ummat ♥ ♥ ♥ ♥
No comments:
Post a Comment