Wednesday 7 December 2011

DuGAan mAHuPuN CaBAraN MeNGaJaR kITa LeBIh MeNgENaLi ALLAH

Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar As-Siddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Uthman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal bin Rabah,segagah Khalid bin Walid radliallahu'anhum...Amiin ya Rabbal'alamin.

(Surat Al Ankabut Ayat 2-3)
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman". Sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

(Surat Al Baqarah Ayat 126")
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamumenyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

MENGAPA UJIAN SEBERAT INI..?

(Surat Al Baqarah Ayat 286)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

RASA FRUST

(Surat Al Imran 139"J)
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA...?

(Surat Al Imran 200)
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."

(Surat Al Baqarah Ayat 45)
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI...?

(Surat Attaubah Ayat 111)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP...?

(Surat Attaubah Ayat 129)
"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nyalah aku bertawaqal."

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI....

(Surat Yusuf Ayat 87)
"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan yang kafir."

(Surat An Nisa Ayat 86)
"Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu."

SUBHANALLAH

Mari kita mempersembahkan yang terbaik dalam masa hidup kita..Dengan torehan kemuliaan dan semangat pantang menyerah...Dimanapun, bilapun, dan dengan siapapun...Selama Allah SWT menjadi "JUST THE ONE Goal"
Insya Allah akan..'bahagia',sebagaimana doa yang sering tertaut untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

KeHiLAngaN ILmU AgAMa Di aKHiR ZaMaN


Ertinya:
D
aripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

H.R. Muslim


Keterangan



Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Tuesday 6 December 2011

WaRIsAn WaNiTA TeRaKHir

Wanita…
Kehadiranmu membahgiakan mereka yang mendambakanmu... Dirimu hanya halal bagi insan yang halal buatmu,Sesungguhnya engkau mampu melalaikan mereka yang leka dengan nikmat dunia, Namun tidak bagi mereka yang beriman, yang sentiasa mengingati Tuhannya,Yakni Allah Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.

Wanita...
Hadirmu menjadi penyeri hidup sebuah keluarga bahgia, Bunga yang terus mewangi di sirami akhlak mulia, Bunga yang kan terus mekar bersama amalan soleh menjadi muslimah solehah, Bunga yang mampu menjadi penawar bagi mereka yang sedang berduka di sebalik akhlak muliamu,

Wanita...
Bagaikan sebutir mutiara, Berada di dasar lautan,Tersimpan rapi dilindungi kulit, Bukan senang nak melihat, Apa lagi mendapatkannya,
Hanya orang yang bertuah, Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehinya,

Harganya mahal sekali…..


Takutlah wahai akan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..

Salam Terbaik Ummat ♥ ♥ ♥ ♥

KaSIh SeoRaNG PeMImPiN

#### Untukmu Adam :####

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Buat bakal imam dan yg jd imam~(Kaum Adam)~

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati-hatilah meluruskannya ...


♥ ♥ ♥ ♥ salam terbaik ummat ♥ ♥ ♥ ♥

Monday 5 December 2011

MuTiArA SaHAbAt

Suatu hari cinta dan sahabat jalan-jalan di desa. tiba tiba cinta jatuh kedalam telaga.
Mengapa? karena cinta itu buta.
Lalu sahabat pun ikut terjun kedalam telaga.
Kenapa? karena sahabat akan berbuat apapun untuk cinta.
Lalu di dalam telaga cinta menghilang.
Mengapa? karena cinta itu halus, mudah sekali hilang jika tidak dijaga. dan akan sulit dicari.
Sedangkan sahabat masih terus mencari dan menunggu cinta.
Kenapa? karena sahabat itu sejati dan tidak akan meninggalkan mu begitu saja sebagai sahabat yang setia
Untuk itu, hargai dan sayangilah sahabatmu selagi dia masih ada.
Sesuatu akan terasa sangat berharga ketika ia hilang..biar lah hilang CINTA mu..jangan hilang sahabat istimewa mu...

IkHLaS

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari semakin misteri.Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas….Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH…itu pun tidak ikhlas…..

"*¨*•.¸¸❤Teringat pula pesanan Iman Ghazali..ketika muridnya bertanya..."Tuan,bagaimana keadaanku..ketika mulutku berzikir..tetapi hatiku masih lalai...?"..Lalu Iman yg arif dalam keajaiban hati itu pun berkata"Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yg kotor dan sia-sia....

"*¨*•.¸¸❤Teringat pula apa yg ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad s.a.w…tentang seseorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah saw menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu…


~ jangan mengukur kesempurnaan digaris permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yg menanti masa untuk menyusup. Tegar dan relakan sahaja. 
~Jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dgn kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan…

Teruskanlah wahai diriku seikhlas mungkin..walaupun ku tahu ikhlas itu sangat rahsia.....

SaHAbAT

Jika kamu mengidamkan seorang SAHABAT SEJATI, maka BERUSAHALAH menjadi sahabat sejati kepada orang lain..InsyaAllah…

Apabila BERTEMAN, jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala ketemu KELEMAHANNYA..

Apabila BERKAWAN, jangan mengimpikan KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA..

Apabila BERSAHABAT, jangan bersandarkan HARTA MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN..

Tetapi BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS..

Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN,..
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN..

Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN..
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki.. DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI..!

InsyaALLAH.. (。◕‿◕。)


~ Jika bersahabat kerana Allah, jagalah KEAIBANNYA dan jangan merendahkan dirinya.. 
~ Jika bersahabat kerana Allah, NASIHATILAH dia dan bersedia MENERIMA nasihatnya.. 
~ Jika bersahabat kerana Allah, MAAFKANLAH dirinya.. 
~ Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah KELEMAHAN dan SIKAPNYA, seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum..