Apabila BERTEMAN, jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala ketemu KELEMAHANNYA..
Apabila BERKAWAN, jangan mengimpikan KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA..
Apabila BERSAHABAT, jangan bersandarkan HARTA MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN..
Tetapi BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS..
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN,..
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN..
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN..
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki.. DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI..!
InsyaALLAH.. (。◕‿◕。)
~ Jika bersahabat kerana Allah, jagalah KEAIBANNYA dan jangan merendahkan dirinya..
~ Jika bersahabat kerana Allah, NASIHATILAH dia dan bersedia MENERIMA nasihatnya..
~ Jika bersahabat kerana Allah, MAAFKANLAH dirinya..
~
Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah KELEMAHAN dan SIKAPNYA,
seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja
kelemahannya pada umum..
No comments:
Post a Comment