Monday, 5 December 2011

IkHLaS

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari semakin misteri.Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas….Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH…itu pun tidak ikhlas…..

"*¨*•.¸¸❤Teringat pula pesanan Iman Ghazali..ketika muridnya bertanya..."Tuan,bagaimana keadaanku..ketika mulutku berzikir..tetapi hatiku masih lalai...?"..Lalu Iman yg arif dalam keajaiban hati itu pun berkata"Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yg kotor dan sia-sia....

"*¨*•.¸¸❤Teringat pula apa yg ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad s.a.w…tentang seseorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah saw menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu…


~ jangan mengukur kesempurnaan digaris permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yg menanti masa untuk menyusup. Tegar dan relakan sahaja. 
~Jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dgn kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan…

Teruskanlah wahai diriku seikhlas mungkin..walaupun ku tahu ikhlas itu sangat rahsia.....

No comments:

Post a Comment